Search

Wifi dan data bukan lagi simbol kemewahan,
Te...

  • Share this:

Wifi dan data bukan lagi simbol kemewahan,
Tetapi hak asasi setiap insan

Meniti pembangunan dengan tenang sambil memanfaatkan sumber maklumat☺️

Apa guna pisang berangan
Kalau tidak masak sesikat
Apa guna telefon di tangan
Jika tidak memberi manfaat

Kenangan di Palestin. Bila masuk ke kedai makan, pelayan Arab terus cakap: Orang Malaysia sukaaaaaaa wifi 😂😅 ( sambil nyanyi - nyanyi sebut wifi )

Kami bagitahulah. Nak bayar bil -bil. Nak mesyuarat online. Nak bayar zakat. Nak bayar yuran anak. Nak semak jadual flight balik. Nak upgrade hotel. Nak install apa-apa apps yang sesuai dengan negara orang. Nak update perkembangan kat keluarga semua... Dia pun faham. Lepas tu dia jawab: patutlah orang Malaysia masuk saja kedai ana, terus tanya wifi 😃😂

Dunia semua di hujung jari sekarang ni...
ada kawan promote rehal kayu cantik. Bila guna # tertentu, tak sangka ada orang Arab tengok dan dia order 1000 unit untuk diterbangkan ke sebuah negara. Rezeki!


Tags:

About author
not provided
Perantara dan Penerbit TV3 ... penulis lirik dan aktivis pantun....
View all posts